Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

Muzium Sultan Alam Shah (GPS: 3.07552, 101.52134) adalah muzium yang terbesar di Selangor. Ia adalah Muzium Negeri Selangor. Ia terletak di Persiaran Bandar Raya di Shah Alam. Ia terkandung dalam kompleks Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Walaupun penubuhan muzium ini bermula pada 1975, apabila Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menandatangani enakment untuk menubuhkannya, muzium ini hanya disiap dan dibuka secara rasmi pada 2hb September, 1989.

Melawat Muzium Sultan Alam Shah

Muzium Sultan Alam Shah dibuka setiap hari kecuali Hari Isnin, dari 9:30am pagi hingga 5:30pm petang. Masuk adalah percuma.

Muzium Sultan Alam Shah

Bahagian depan Muzium Sultan Alam Shah

Muzium Sultan Alam Shah

Replika Stesen Keretapi Klang di Muzium Sultan Alam Shah 

Muzium Sultan Alam Shah

Bunga Raya, a locomotive displayed at the Muzium Sultan Alam Shah 

Muzium Sultan Alam Shah

Gerabak yang dihadiahkan oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kepada Muzium Sultan Alam Shah 

Bahan Pameran di Muzium Sultan Alam Shah

Di luar muzium ialah replika Stesen Keretapi Klang. Terkandung di dalamnya ialah gerabak yang dipunyai oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Baginda telah menghadiahkan gerabak tersebut kepada Lembaga Muzium Selangor pada tahun 1988.

Muzium Sultan Alam Shah

Replika kubur purba yang ditemui di Estet Ulu Bernam. 

Antara bahan pameran di Muzium Sultan Alam Shah ialah sebuah replika kubur purba yang ditemui di Estet Ulu Bernam, pada bulan Februari, 1993. Juga ditemui adalah manik kaca dan batu dan juga tembikar Cina dari zaman Tang yang awal.

Sepasang batu megalit telah ditemui di Lembah Bernam, dekat Sabak Bernam. They comprise the taller Menhir A, measuring 96cm in height and 117 cm at its longest axis; and Menhir B, measuring 58 cm in height and 33 cm by 5 cm at the base. This is the first time megaliths of this type were discovered outside of Negeri Sembilan and Malacca.

Muzium Sultan Alam Shah

Replica of a megaliths discovered at Bernam Valley. 

Sejarah Awal Negeri Selangor

Sejarah penempatan di Selangor dipercayai bermula pada zaman protosejarah, iaitu peringkat antara prasejarah dan peringkat terawal pencatatan sejarah. Antara artifak awal yang telah ditemui termasuk tiga loceng gangsa yang ditemui pada tahun 1905, ketika para pekerja sedang menggali tanah untuk pembinaan landasan keretaipi di Klang. Secara berasingan beberapa artifak juga dijumpai di Jenderam Hilir. Ini termasuk mangkuk tembikar, balang dan dayung kayu. Penemuan kapak batu dan alat batu yang lain, juga di Jenderam Hilir, menunjukkan yang kemungkinan tinggi terdapatnya penempatan Neolitik di kawasan itu.

Muzium Sultan Alam Shah

Artifak Neolitik yang ditemui di Jenderam Hilir, Selangor. 

Muzium Sultan Alam Shah

Model of Istana Mahkota in Klang. 

Pembentukan Kesultanan Selangor

Kesultanan Selangor telah diasaskan oleh Orang Bugis yang tiba di kawasan Selangor dari Sulawesi. Sultan Selangor yang pertama bernama Raja Lumu, dari pertengahan abad ke-18. Beliau menaiki takhta sebagai Sultan Salehuddin, dan menempatkan pusat pentadbirannya di Kuala Selangor, di mana baginda berjaya menyatupadukan puak-puak berlainan dan membentuk Negeri Selangor.

Setelah Sultan Salehuddin mangkat pada tahun 1782, baginda digantikan oleh anak sulungnya, yang menjadi Sultan Ibrahim (1782-1826). Hubungan antara Sultan Ibrahim dengan pihak Belanda di Melaka tegang kerana Sultan Ibrahim telah berpihak dengan Johor-Riau Kingdom dalam usaha untuk merampas kembali Melaka dari Belanda. Baginda disokong dengan bapa saudaranya, Raja Haji dari Riau, yang menyerang Belanda di Melaka pada tahun 1784. Walau bagaimanapun, Belanda berjaya mengalahkan dan membunuh Raja Haji di Teluk Ketapang pada bulan Julai tahun itu.

Menjelang bulan Ogos, 1784, Belanda telah mengambil alih Bukit Malawati. Walau bagaimanapun, Sultan Ibrahim berjaya mengadakan serangan mengejut ke atas tentera Belanda di Bukit Malawati pada bulan Jun, 1785, dan dalam serangan satu malam, memaksa mereka berundur ke Melaka. Belanda membalas tindakan tersebut dan mengepung Bukit Malawati selama beberapa bulan, sehinggalah perjanjian damai ditandatangani pada 29hb Jun 1785. Dari perjanjian ini, Belanda mendapat monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Selangor dan Sultan Ibrahim dikekalkan sebagai pemerintah Selangor. Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi Selangor. Baginda menjadikan Kuala Selangor pusat transit untuk peniaga-peniaga dan tapak pengumpulan bijih timah. Beliau juga bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan sebarang isu antara pihak Belanda dengan Yamtuan Muda Raja Ali Riau.

Sejarah Modern Negeri Selangor

Walaupun Selangor hari ini negeri yang paling maju di Malaysia, pembangunannya bermula agak lewat berbanding negeri-negeri lain. Pada tahun 1824, jumlah penduduk negeri ini hanya 6,000 orang, kebanyakannya Orang Melayu yang terdiri dari golongan pemerintah dan golong diperintah. Selewat tahun 1874, jumlah penduduk Selangor yang berbangsa Melayu hanya 5,000 orang. Namun demikian, jumlah penduduk telah bertambah dengan pesat selepas itu. Pada tahun 1891, jumlah penduduk Selangor telah meningkat ke 81,592, walaupun Orang Melayu hanya 26,578. Kemasukan pendatang dari China dan India telah menyebabkan peningkatan penduduk yang mendadak.

Hari ini Selangor adalah negeri yang paling tinggi jumlah penduduknya di Malaysia. Ia juga negeri yang telah diisytiharkan negeri telah membangun pada 27hb Ogos, 2005.

Muzium Sultan Alam Shah

Galeri Muzium Sultan Alam Shah. 

Muzium Sultan Alam Shah

Bahagian dalam rumah tradisional Melayu, di Muzium Sultan Alam Shah. 

Muzium Sultan Alam Shah

Alat muzik Melayu. 

Muzium Sultan Alam Shah

Bahagian dalam Muzium Sultan Alam Shah. 

Muzium Sultan Alam Shah

Tengkorak buaya raksasa yang dikenali dengan nama Sang Bedal Bukit Belimbing, yang dijumpai terapung di Kuala Selangor. 

Muzium Sultan Alam Shah

Galeri Sejarah Alam Semulajadi di Muzium Sultan Alam Shah. 

Muzium Sultan Alam Shah

Replika Buaya Puchong, yakni buaya terbesar dalam kurungan, yang ditangkap di Tasik Puchong, dan ditempatkan di Zoo Melaka, di mana ia mati pada usia 60 pada 18hb Jun, 1997. 

Muzium Sultan Alam Shah

Sebuah mimbar di Muzium Sultan Alam Shah. 

Tempayan. 

Muzium Sultan Alam Shah

Model Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. 

Muzium Sultan Alam Shah

Model Masjid Sultan Alaeddin di Kampung Bandar, Jugra. 

SUMBER : TIMOTHYTYE.COM

========================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/0174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Tempat menarik Shah Alam. Shah Alam. Destinasi. Tempat menarik di Selangor. Tempat best di Shah Alam.

Comments are closed.