Jom Singgah Pasar Malam Jalan Kem, Apa Yang Menarik?

pasar-malam

“Kaki pasar malam” sememangnya sentiasa mencari lokasi pasar malam yang menawarkan pelbagai pilihan makanan.

Minggu ini FMT Ohsem bawa anda jelajah beberapa gerai makanan tempatan yang ringkas tapi sangat menyelerakan di satu pasar malam di Pelabuhan Klang, pasar malam Jalan Kem.

Lokasinya berdekatan pejabat Imigresen Pelabuhan Kelang, deretan kedai serta bank dan jalan utama ke stesen kereta api. Memang memudahkan sesiapa sahaja keluar masuk sambil menikmati angin tepi laut.

Berbalik kepada makanan pilihan, FMT Ohsem singgah di 3 gerai pilihan pelanggan di sini iaitu gerai cakoi milik Zulkifli Amir Nordin, gerai Murtabak Muslim Pok Dee milik Fazrul dan gerai apam balik milik pemuda bernama Muhamad Taher.

Ketiga-tiga mereka sememangnya sibuk menyediakan makanan masing sebelum tiba waktu puncak, iaitu sekitar jam 7.00 petang di mana lebih ramai pelanggan akan bertandang ke gerai mereka selepas pulang dari kerja.

Walaupun keadaan riuh dengan bunyi orang ramai, latar muzik dari gerai lain, dendangan lagu dimainkan peminta sedekah OKU, bunyi generator elektrik, pemilik gerai tetap tajam memasang telinga pada setiap pesanan pelanggan.

“Tiada masa untuk membuat kesilapan kerana pelanggan biasanya mahu kita ‘settle’kan tempahan cepat,” kata pemilik gerai murtabak.

Di gerai cakoi pula, Zulkifli bukan sahaja sibuk menyediakan doh untuk digoreng tetapi sambil itu menyusun semua cakoi yang sudah digoreng dan ditapis minyaknya ke dalam dulang sedia untuk dibeli pelanggan.

“Biasanya semua habis, tetapi bila musim hujan, bisnes pun buat hal. Saya jual macam-macam makanan tetapi di sini saya jual cakoi,” kata lelaki berusia 55 tahun yang sudah lebih 14 tahun berkecimpung dalam bisnes makanan.

Selain cakoi kosong, Zulkifli juga menjual pau goreng dan cucur udang. Tetapi berdasarkan pemerhatian, gerai itu nampaknya paling terkenal dengan cakoinya.

Selain Jalan Kem, gerai cakoi Zulkifli boleh didapati di pasar malam Kampung Sijangkang, Bukit Naga dan Taman Sri Muda, semua sekitar Klang dan Shah Alam.

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih savori, pasar malam ini juga menawarkan makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu murtabak. Tetapi istimewanya mengenai gerai Murtabak Muslim Pok Dee ialah ia dibuat menggunakan ramuan khas dari Kelantan.

“Lepas tamat pengajian, saya tidak dapat kerja, orang tua di rumah pesan untuk berniaga kerana ini memang perniagaan keluarga, kami pun turut serta,” kata Fazrul, 27 tahun.

Katanya, dengan resepi yang dibawa khas dari Kelantan, dia dapat menyediakan murtabak daging dan ayam gaya Pantai Timur yang menepati citarasa pilihan ramai.

Selain pasar malam Jalan Kem, Fazrul membuka gerai murtabak untuk makan tengah hari di hadapan masjid besar di Pelabuhan Klang, pasar malam di Kampung Jawa dan pasar malam Jalan Kastam.

Selepas kenyang dengan cakoi dan murtabak, masa untuk pencuci mulut pula! Persinggahan terakhir kami ialah gerai kuih tempatan ala penkek, iaitu apam balik yang menjadi makanan kegemaran pelanggan pasar malam.

Pasar malam mana yang tiada gerai apam balik, bukan?

Di Jalan Kem, apam balik milik Muhammad Taher memang terkenal sehingga dia terpaksa menyediakan makanan bermula 4.00 petang.

Taher akui ia perniagaan diwarisi abangnya sejak 20 tahun lalu dan dia melakukan perubahan mengikut permintaan pelanggan.

“Ada yang minta lebihkan jagung, kacang dan sebagainya. Yang mana boleh ikut, kita ikut,” katanya sempoi.

SUMBER : FREEMALAYSIATODAY.COM

=======================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/0174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Tempat menarik Shah Alam. Shah Alam. Destinasi. Tempat menarik di Selangor. Tempat best di Shah Alam.

Comments are closed.