5 Tempat Menarik Di Shah Alam

1. LAMAN SENI 7

Foto Kredit: poskod.my oleh Vivian War

Foto Kredit: poskod.my oleh Vivian War

Bagi peminat lukisan mural bolehlah berkunjung ke Seksyen 7. Lebih spesifik lagi di lorong belakang Jalan Plumbum 7/Q.

Pelbagai motif dan imej seni sarat dengan mesej tersendiri yang terpilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam dengan tema “Komuniti Shah Alam” serta “Mesra Alam” boleh dilihat di sepanjang lorong belakang ini.

Salah satu tempat menarik di Shah Alam ini tentu digemari pelancong muda kerana konsepnya yang artistik dan ‘cool’ untuk mengambil gambar. Ia juga menjadi lokasi penganjuran aktiviti yang bermanfaat.

2. GALERI SHAH ALAM

Foto Kredit: bm.selangorku.com

Foto Kredit: bm.selangorku.com

Jika tidak cukup melihat hasil penggiat seni di Seksyen 7, anda boleh melihat pameran lukisan dan karya artistik oleh pelukis tempatan serta antarabangsa di galeri yang terletak di Persiaran Tasik.

Setiap tahun, pasti ada sahaja pameran seni diadakan di sini untuk mengetengahkan bakat-bakat pelukis dan pereka. Ia juga menjadi pusat rujukan seni untuk pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi dan menjadi platform untuk pelukis-pelukis baru.

3. KOMPLEKS TAMAN SENI ISLAM

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Mahu meneroka sejarah pengembangan seni Islam? Datanglah ke Kompleks Taman Seni Islam yang terletak dalam Yayasan Restu, bersebelahan Masjid Biru.

Bangunan dua tingkat ini berfungsi sebagai pusat penjanaan ilmu berlandaskan nilai dan ajaran Islam.

Orang ramai juga boleh mempelajari seni kaligrafi, mengikuti pengajian al-Quran bersanad dan mengikuti kelas pengajian yang ditawarkan seperti kelas Bahasa Arab, kelas Tahfiz al-Quran dan Kaedah Pengajian Iqra serta Tajwid.

4. LAMAN BUDAYA

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Selari dengan namanya,ia menjadi pentas seni untuk persembahan dan aktiviti kebudayaan serta kesenian tradisional secara santai oleh pihak Majlis Bandar Raya Shah Alam. Ia sesuai dijadikan lokasi hiburan bersama keluarga.

Antara aktiviti yang sering diadakan adalah sesi muzikal, pertandingan pencarian bakat seni, acara senamrobik dan persembahan nyanyian oleh artis undangan. Pihak Laman Budaya turut menyewakan tempat ini untuk majlis keraian dan perkahwinan.

5. LITAR GO-KART

Foto Kredit: Harian Metro, Mohd Asri Saifuddin Mamat

Foto Kredit: Harian Metro, Mohd Asri Saifuddin Mamat

Berita baik untuk peminat sukan permotoran. Anda boleh merasai peningkatan adrenalin dengan menyertai litar go-kart di Stadium Shah Alam.

Anda boleh mengambil pakej go-kart seperti Cadet K80 Hire Kart, Yamaha 100 Hire Kart dan banyak lagi berdasarkan tahap kemahiran memandu anda pada harga berpatutan.

AKHIR KATA

Shah Alam adalah sebuah bandaraya terancang untuk negeri Selangor. Abaikan kata-kata warga Shah Alam yang kata, “Eleh, tempat tu tak ‘best’ pun, tak payah pergilah”. 

Bagi anda yang sekali-sekala datang ke sini, haruslah melawat semua tempat menarik di Shah Alam ini! Mereka yang menetap di sekitar Shah Alam pun belum tentu sudah menjejakkan kaki di sini.

SUMBER: SIRAPLIMAU.COM

=========================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam ? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah :

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/60174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Tempat menarik Shah Alam. Shah Alam. Destinasi. Tempat menarik di Selangor. Tempat best di Shah Alam.



Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>