9 MAKANAN BEST SEKITAR SHAH ALAM

Shah Alam terkenal dengan kedai makan yang sedap-sedap terutama di kawasan dekat dengan tempat belajar seperti di Seksyen 7, Seksyen 2 dan sebagainya.

Kali ini kami ingin kongsikan sembilan makanan best sekitar Shah Alam seperti yang disyorkan oleh seorang pengguna Twitter, @hakimabdhalim untuk anda.

1. Nasi Bukit, Padang Jawa

Saiz hidangan di sini sememangnya banyak dan sesuai untuk mereka yang ingin berjimat serta makan banyak kerana ia murah dan sedap.

2. Restoran Gegey

Menu istimewa di restoran ini sudah semestinya nasi Gegey. Jika tak tahu mahu makan tengahari di mana, anda boleh cuba makan di sini.

3. Old Malaya Kopitiam

Menurut Hakim, lauk daging salai masak lemak antara lauk tersedap di Kopitiam ini dan harga juga lebih kurang dengan PakLi Kopitiam iaitu RM15 hingga RM20 ke atas.

4. Soho Pantai Timur

Kepada penggemar nasi campur, anda pasti akan rambang mata mahu memilih lauk-pauk di sini kerana restoran ini menyediakan pelbagai jenis lauk untuk nasi campur. Jangan risau, harganya murah dan air sirap serta air kosong percuma. Siap boleh refilllagi.

5. Nasi Kukus RZ

Siapa tak kenal dengan restoran nasi kukus paling popular di Seksyen 7 ini. Keenakan ayam goreng dia boleh termimpi-mimpi kalau dah lama tak makan di sini.

6. Brotherhood & Co.

Selain restoran Murni, Brotherhood & Co. juga menyediakan menu western food + Malaysia. Harga juga lebih kurang RM7 ke atas.

7. Nasi Lemak Royale

Nama je nasi lemak tetapi ia sebenarnya seperti nasi kandar dan mereka menggunakan nasi kunyit. Tengok kepekatan kari dia dah boleh buat kami tak senang duduk.

8. Cake Jalan Tiung

Jika anda mengidam kek dan mahu borak santai bersama rakan-rakan, Cake Jalan Tiung tidak pernah mengecewakan kerana mereka menyediakan pelbagai jenis kek homemade seperti kek green tea, kek lobak merah, kek coklat dan sebagainya. Harga lebih kurang RM13 ke atas.

9. Polperro Steak House

Siapa tak pernah makan di sini memang rugi kerana western food mereka sangat berpatutan dan murah.

SUMBER:VITDAILY.MY

==========================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/60174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Makan sedap di Shah Alam. Kedai Makan Viral di Shah Alam. Tempat makan best di Shah Alam. Makan murah di Shah Alam. Tempat makan di Shah Alam

One Comment

  1. Rashdan

    Bagus

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>